~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Thursday, February 3, 2011

semoga

aku rase nk tulis sesuatu je skng ni. ape pn yg jdik kt mesir buat aku risau. semua tahu kan mesir tgh isytihar darurat skng ni. bank tutup, org kelaparan. harga naek melambung. 
one of my besfren ade kt sane. 

nana, my ex skulmate skolah rendah dulu baru je pg sane bln 8 last year kut nk buat dentistry yg mmg dia idamidam kan sgt. tadek apa2 kabar dr dia lgsg kt fb.
 kwn aku yg laen mcm hawa, ayus dah anta kabar dah.
nana? lg sorg mmbe aku yg aku x dpt trace lg. 
nana, where ever u are now, cuma doa dari jauh aku mmpu kirim. aku doakan smoga Allah melindungi kau. ktorang kt mesia ni tggu berita n doakn kau selamat. aaamiin. 
nk baca lagi entry pasal current condition kt sana? baca kat sini. dan sini.


 pic masa gathering ktorg tahun lepas. we ♥ u nana. please be safe dear.


sbb mlm ni malam jumaat, aku suka nk cte sikit pasal amalan baik. huuuu
insyaAllah ape aku buat ni mendapat rahmat d sisiNya.


antara kelebihan membaca yasin pd mlm jumaat :


Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.



“Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.
“Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat,” katanya.
“Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.
“Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.
“Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.
Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”
Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”
Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”
“Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.
“Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan,”
renungrenungkan dan selamat beramal. ;)


2 comments:

wanie said...

sley,wanie nie.rasenye hanna da selamat jugak.dengan membe2 wanie gak.dont worry ok.

..sleyp0..◕‿◕ said...

aku dah skype dgn dia smlm. alhamdulillah. dia kt dubai. selamat dah, :)

Daisypath Anniversary tickers