~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Tuesday, May 29, 2012

a killing semester 4 exam schedule.

assalamualaikum.

ade cerita gembira, ade cerita tak gembira lansung.

cerita gembira, postpone nanti dulu. tggu kegembiraan d tahap tak terkawal baru buat post baru okay.

cuti gawai seminggu aku yg mmg takbermakna 'cuti' pon. taksuka.

buat masa ini, sila lihat di bawah.


jadual exam sem 4 aku yg sgt membunuh. T__T

HRM533 - 3 Julai. 
OSM554 & IBM530 - 4 Julai
takde gap hari dgn 2 subjek critical dalam 1 hari. ya Allah..


Kerja aku super banyak gila.
dgn jadual exam yg macam ni, rasa nk pergi jauhjauh lariii pergi Paris shopping ! arghhh ! 
ini sahaja utk waktu ini. kbai. 

Friday, May 18, 2012

kita dan unsur


(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah


sedar tak AWAK API DAN SAYA AIR :)

Thursday, May 10, 2012

dear bakal suami,

amaran : post ini sangat bersifat neutral. tiada arah dan hala tuju kepada sesiapa.


hai awak :)

awak, 
nanti kalau kte kawin,
nnti awak kejut bangun subuh setiap pagi tau,
takut kalau kte bgn lambat,
ade la org kejut kan, ;)

awak, 
nanti kan weekend awak tolong kte tau,
kte kemas kemas rumah, cuci kereta, shopping beli barang,
awak buangkan sampah, kte sapu rumah,
awak sabun kereta, kte siram sabun tu,
abes kte beli barang dapur,
kte main masak masak pulak. :)
nnti kte online kumpul resepi. hihik

awak, 
nnti kte g jalan jalan jauh sket eh, 
g London ke, Paris ke, Korea ke,
kte tak pernah tgk negara org, 
naik kapal terbang pun x pernah.
tapi sebelum tu,
kte kumpul duit pergi Mekah dulu okay,
nk ziarah rumah Allah tu jugak,
sambil tu rasa burger McD kat Mekah plak,
naik unta bonggol ke, hihi  

awak, 
awak syg kte tak?
kte taktahu awak siapa,
tp kte harap nnti satu hari kte jumpa awak,
awak terima la kte apa adenye tau.
kte ni jauh dari cantik,
pandai macam Amalina Che Bakri tu lagilah takde rupa,
comel macam Farah Lee wifey Ally Iskandar tu ade la sikit kot, hihik
tak sempurna mana, 
bole kata byk sgt kekurangan nya,
kte ni kasar, ganas, blurr, ape pun tak bole,
tp kte ni perempuan, kte ade rasa ingin dicintai seikhlasnya, :')
boleh la ye awak? bole laa. hehe

kalau kte bole jumpa awak nanti, 
kte harap awak pernah baca post ni,
sbb post ni tersembunyi dalam blog kte je, 
kte malu nk kasik org baca, :')

kalau awak jd org pertama kte nampak pagi pagi,
tau tak seronok tau kalau awak jd org pertama tu,
kte ni suka cubit pp orang, 
nnti kalau kte kejut awak bgn subuh,
lambat semacam je, kte cubit pp awak nnti tau, :)

kalau awak jd org terakhir kte nampak sebelum kte tidur, 
nnti kte usap usap rambut awak sebelum awak tidur, 
macam mak mak org buat tu, haha
kte salu buat kt adik laki kte mcm tu, :)

kte ni takde ape nk bagi, 
cuma ade sekeping hati yg kte syg ni je, 
harap awak tahu

yg kte tggu awak, dan kte akn syg awak semampu kte, insyaAllah :)


nnti carik la abah kte eh ! mintak izin nk kawin, hahahaha.

oklah, sampai sini je la kte nk ckp buat masa ni, 

bai awak ;)

im waiting for you, hubby.








Daisypath Anniversary tickers