~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Sunday, August 28, 2011

satu hari di hari puasa. #day 28 - it's almost, honey.

selamat membaca. tiba tiba je aku. -..-'


mentang mentang korang da balek kampung, nak gembira sgt lah tu,
sikit hari nanti aku pulak balek kampung.
every raya pun aku dgn along mesti buat kuih before balek raya.
satu balang bawak balek kampung, satu balang simpan untuk stock rumah punya.
alah takyah kuih ngada sgt, yg penting sodap..

sbb tggal 1 hari je ni nak raya ni, ini lah yang aku dgn along aku buat. tadaa!




meriah kan cornflakes honey cup aku ? ;)

tangan aku tu yg pecah pecah kan masuk dalam cup. memang takde seni. besar besar,
pedulik kan. aku suka masuk kan mulut besar besar, baru puas makan. nyuummm~
kalau bubuh sikit mcm taknak bagi guest makan je.. haha.

sebab aku buat bende ni siang, tak boleh lah aku nk masuk dlm mulut, 
bole selamat kan beberapa cup dari mulut aku,
takpe my honey cup, its almost. dah nak masa daaaaah aku mkn kau nanti, tungguuuu je.

korang buat kuih ape raya ni? hantar hantar lah kat aku sebalang dua, ;)


## dapat stock ikea 2012. syiokkk lah wehh! :D



Saturday, August 27, 2011

#BUKAN wordless.

its the official mv lagu blog baru. cute kan?
make you feel really appreciated, girls. :')



by the way, raya is around the corner tp somehow aku malas pulak.
 gila. aku bukan manusia.

k,bai.



Wednesday, August 24, 2011

special edition. :")

Better than I was...
more than I am...
and all of this happened
with the touch of your hand.

...And who I am now is
who I've wanted to be...
and now that we're together
I'm stronger than ever,
happy and free...

It's a beautiful thing
don't think I can keep it all in
I just got to let you know
what it is that won't let me go

it's your love...
It just does something to me
sends a shock right through me
and I can't get enough...

If you wonder about the spell I'm under...
It's your love 








Monday, August 22, 2011

satu hari di hari puasa. #day 22 - Aaron Aziz.

assalamualaikum.

# amaran keras. cerita geli. read on your own risk.

aku bangun dari tidur. macam biasa. tp kali ni aku rasa macam aku nak sambung balek tido tu. boleh ke?

aku mimpi..aku..

pergi date dengan aaron aziz!!! *sila muntah sekarang,

aku tak rancang ni semua. seriuss. aku langsung tak terfikir kan dia sebelum tido. sebab malam td aku ngantuk sgt maen game, haha.

cerita mimpi tu.. biar aku dgn roh Aaron Aziz je yg tau. eh tapi yeke roh dia jumpa aku? tu semua mesti mengarut je. 

untuk bagi effect lebih geli dan muntah dan drooling, scroll ke bawah. bagi yg tengah pose, sila tahan drooling anda supaya tak batal. terima kasih. kehkehkeh,

the car of the date : 


Aaron drive kereta ni. aku duduk tepi dia. :">

the date, huehue. :









sila muntah selepas berbuka puasa nanti.
cuba tengok. gambar last tu serupa sket tak dgn gambar ni.


ye lah Aaron pergi facial kemain mmg lah muka dia glow glow gtu, 
kalau aku pergi facial pun muka aku boley jd mcm siti nurhaliza ape. hihik. :p

/floor

sampai petang aku tak perasan aku asek tersenyum sampai ke telinga. buat ape ape pun senyum. :p~

mimpi je tu semua. mimpi pun, sapa tak nak g date dgn Aaron Aziz kan? ;;)

sudah sudah. AARON AZIZ SUAMI ORANG ANAK TIGA. ok bai.


yarhh! malek sudah balekk! 

M, you will oweys be here. -----> :X



Sunday, August 21, 2011

satu hari di hari puasa. #day 21 - muka serupa



serupa tak? :p




ok yang ni tak serupa. -,-'

hopefully nanti macam ni. :")



kahkahkah! benci aku tgk muka aku sekarang. busuk serupa kerang!

eh by the way tak serupa ke gambar atas tu?

chinese look vs philipines look. :p

haha. ok bai. ♥ 


** yeayyyyy! dpt anak kucen baruuuu! later yaw. 







Thursday, August 18, 2011

satu hari di hari puasa. #day 19 - meriahnya joyah ini.

sesuci~ sesuci~ hahahaha.
aku rasa aku antara blogger yg terawal letak lagu raya kt belog,
raya kali ni korang boleh pilih,
nk letak lagu raya ke lagu merdeka.
merdeka raya kata kan~

orang tak puasa penuh tak leh raya, hihi,

korang raya pakai kaler ape?

aku pakai kaler.......ehem,
nanti nanti lah aku gtau, baru suprise ye dok.

ya ampun puasa ade lg 11 hari!

tobat tobat, puasa lah hoyyy!

ok,bai.




## ade mlm lebih baek dari seribuuuuu bulan. lailatulqadr, i will hunt for you, insyaAllah., :')




Wednesday, August 17, 2011

satu hari di hari puasa. #day 17 - again.

popiah goreng for today, nekad.

jangan komplen aku asek kuarkan pasal makanan je.

aku suka makan masak. :)

tak nak letak gamba popiah aku yg comel kang.

tak merasa nanti, baru tau. hihi.

resepi pun dah jumpa.

ke dapur~ woooosh~ 

nak rase sket x? meh mai umah meh. ;)



nak buat gulung ke 3 segi eh? tuluuuuuung! 





Monday, August 15, 2011

satu hari di hari puasa. #day 15 - trust me

salam 15 ramadhan.
wahh dah 15 ari puasa. alhamdulillah.
so u guys pergi terawikh tak? ade maghfirah tau 10 mlm pertengahan ni.
jum kita mohon banyak banyak, mintak diampunkan dosa yg telah lalu, insyaAllah.. :)

aku nak pengakuan sikit. aku suka menyanyi.
hatta ketika d jamban pun aku menyanyi.
apa apa lagu pun, asalkan terlintas d dlm kepala,

semalam tengah lipat lipat kain, tiba tiba ternyanyi plak. haha,
lagu pilhan? tau apa?

lagu ni.
nak dengar ke? rajin rajin tekan button play tu.


nk stock lg layan? bole tgk kat sini. heee


mekap dia dalam klip ni buat dia macam patung, -..-

aku tak suka siti nurhaliza.

sekian, baibai.


wind, please send this to my love. i just miss someone so much. i wish he know.  :")

Saturday, August 13, 2011

satu hari di hari puasa. #day 13 - suratan

online dengan lappy aiman.
lappy sendiri, takin' offday. 
bukan d paksa,

dah tersurat, dia dulu, kau kemudian.
apa apa, yg dulu mesti menang.
kau cuma mampu, mengalah.

find your own one, its a history.
couldn't you?
get away. i say, please.


Monday, August 8, 2011

satu hari di hari puasa. #day 9 - takyah baca pun takpe

no words. just picture. :)


tom yam


cucur udang


murtabak maggi


kuning the kitten. eh ni bukan makanan :p

kbai. 

satu hari di hari puasa. #day 8 - edisi khas cerita kahwin

assalamualaikum masyarakat yg suka cerita cinta.

tadi aku baru je lepas blogwalking ke blog anis and myra. both of them ade persamaan dlm entry. cerita kahwin. huhu. bagi aku normal remaja yg bercinta atau tak bercinta pun cerita pasal ni. sbb cinta tu fitrah yg lahir dlm setiap manusia yg lahir ke dunia ni. even baby yg nanges uwwek uwwek tu pun dia semenanye nak kata
 
'terima kasih maaak~ uwwwekk~ sbb lahirkan i ~uwwwekk~ d dunia ini~ uwwekk~' 

ok that is the translation. aku tak payah pakai google translate bagai ke hape. ehem. cukup utk dia bgtau mak dia betapa dia mencintai mak yg lahirkan dia.

apa aku merepek tah ni. ok back to the title. aku nk cte cerita cinta muda mudi sekarang. (macam org tua pulak aku ase ckp mcm ni.)

aku setuju ape yg anis tu ckp dlm entry dia. setuju sangat sangat. aku rasa aku nk elaborate version dia ni. aku rasa ada beberapa bende yg bermain dlm kepala aku utk menjadi panduan those kamu kamu yg terasa nak kawin dah macam aku tp belum mampu atau tercapai hasrat korang tu. ehem.

kalau kamu BOBOY, kamu kene berfikir and jawab soalan macam ni.

1. cukup ke bekalan agama dan ilmu rohaniyah aku utk aku bimbing dia ke jalan Allah?

ini sangat penting ye anak anak. boleh tak kamu menjadi imam kepada isteri kamu? sbb secara automatiknya lelaki apabila dia telah bernikah dia akan menjadi ketua keluarga. ye la kalau dia mampu jd imam, maksudnya si pria tersebut dah ok dgn solat dia. cukup rukunnya, bacaannya, syarat sahnya, kan? sojuk ati mak den kalau dpt monantu mcm ni. :p semua tanggungjawab dari sekecik kuman sampai sebesar gajah semua atas bahu si suami. dia kene mendidik si isteri dgn ajaran yg sempurna. maka utk itu, lelaki lelaki yang baca perutusan raya entry aku ni, kene mula mengambil langkah memperkayakan diri sendiri dgn ilmu agama sebanyak banyaknya. mesti korang nk bawak wife korang tu ke syurga sekali dgn korang kan? kan ke sweet gtuu. sebab semua yg isteri dan anak anak korang buat akan dipertanggungjawabkan ke atas korang, para lelaki bakal bakal suami sekalian.

2. mampu ke aku nk tanggung nafkah zahir dan batin dia nanti?

yang ini pun penting jugak. seronok seronok cerita kahwin muda ni kan, duit kat bank tu kene cukup dulu utk tanggung hidup sekarang and masa depan. siapkan makan pakai rumah segala segi lah. bagi aku punya personal view, every pasangan yg dah ready nk kahwin kene ade kerja tetap, financial freedom tu sgt perlu. kos hidup sekarang sgt tinggi. ok fine korang kata cukup lah i hidup dgn u dgn cinta kita yg banyak ni. ohh pehliss, cinta tu kalau bentuk rasa pizza sedap jugak, takpun mcm kuih karipap ke kan, tp cinta tu bukan makanan yg nyata. aku tak kata cinta tu tak penting. pentingg nyahh, tp we have to be realistic. hidup di bumi tak sama mcm hidup d syurga. doa doa lah kte suma dpt merasa ke sana ye, aaaamiin~ nafkah batin aku tanak cerita. aku belum cukup umur. ehem.

3. sedia ke aku nak jadi contoh yg baik utk dia dan anak anak and the whole family?

lelaki lelaki sekalian, semua orang lahir kt dunia ni tak sempurna. tp kita semua boleh berusaha utk menjadi hambaNya yang baik. niat di hati kene betul. kahwin bukan sebab yang tah hape hape. kahwin utk menyambung generasi yg halal dan menyempurnakan separuh dari agama korang, lillahi ta'ala. kalau dah kahwin pulak, automatiknya korang akan ade double family. family korang and mertua korang. kene pandai ambil hati mertua, kene jd menantu yg bertanggungjawab, sejuk je mak mertua pandang, ye dok? pandai bawak diri, takde la canggung je dgn family mertua. huiihhh berat kan mendengarnye? kalau aku jd lelaki aku pikir ribu ribu kali nk kahwin. kene betul betul sedia, itu yg sebaiknya. :)

kalau kamu GUGURL pulak, mak aihhh. lagi macam macam kene difikirkan.

1. sudahkah kamu menjadi hamba Allah yg baik dan taat?

kenapa aku menggariskan yg ini as yg pertama? nak tau tak nak tau tak? sebab kita perempuan. hanya Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk kita. kita kene siapkan diri dgn ilmu agama yg banyak jugak sbb kalu kita tak faham pasal agama sgt, tak ke kesian si hubby kita tu nk kne explain satu satu yg kte tak tahu ni. so kalau kita mmg dah tahu and faham, tugas dia membimbing kita would be so much easier. kan kan? maka jom kita timba ilmu Allah banyak banyak.

2. sedia ke kita nak uruskan rumah tangga?

haa yg ni betul betul kene sedia. tanggungjawab besar sgt ni. makan pakai rumah tu kena jaga. bukan takat goreng telur masak air je. macam macam ni. kalau boleh kita kene mempersiapkan diri dgn skill skill yg banyak. takde lah si hubby tu asek makan mamak je. kihkih. kalau makan je takpe jugak, sekali nampak meenachi comel lalu depan dia, dia usha baekk punya, tak ke haru biru kelabu jadiknya. hehe. ok aku dah mengarut. kalau boleh, kita kene dah pandai masak macam macam sebelum kahwin, kemas rumah, sapu sampah, jahit sket sket, kalau yg ade seni tu hias hias mana patut takpun buat seni ape ape lah, origami ke. eh origami di kira seni gak ke? -____-"

3. kita ni agak agak boleh di bawa ke rumah mak mertua ke tak?

mak mertua ni kalau dia kata 'cancel!' payah ko jahh. mak mertua zaman sekarang ni pulak mcm mcm pe'el nye. nak nak kalau dia test pulak nanti. (eh macam mak aku je, hehe) mak aku kalau test simple je, kalau lelaki dia suruh jd imam. kalau pempuan mak aku tak bocorkan lg. ye lah sbb aku pumpuan. menantu dia mesti la lelaki. ehem. betul apa yg mak aku buat tu. kalau perempuan kne test g dapur kut, baca quran ke. cuba check dgn bakal mak mertua korang, so bole lah prepare menjelang hari lebaran hari jumpa mak mertua. ahakz! kalau korang terer ke dapur, ringan tulang mana mana pun hubby korang bawak insyaAllah mesti takde hal punya lah.

4. sanggup ke kita bersusah senang dgn si suami?

dunia kita ni mcm roda. sedangkan lidah lg tergigit orang kata. asam garam berumah tangga, kalau terkasar sikit, tersalah faham, itu biasa. gaduh gaduh, mesti ade punya lah. ape yg penting, kerjasama is tolerate each other. tu terpulang kat korang mcm mana nk tolerate. contohnye kalau wife yg comel comel tu dah masak sedap sedap yg hubby emsem emsem tu boleh lah tulung wife dia basuh pinggan kt dapur pulak. ohhh~ how sweet this hubby.. ;;)

5. mampu ke kita nk tolong suami baiki ekonomi keluarga?

katalah kan, aku bukan doakan tp mana lah tau hubby tu kene terminate dr tempat kerja ke, ye lah org kalau nk dengki mcm mcm deme boleh buat. so he's now jobless. apa yg kita boleh buat? termangu je? haa that's why la perempuan cikai cikai mana pun dia kene ade dgree paling kurang. boleh dia apply kerja mana mana, boleh dia tolong hubby dia masa masa genting mcm ni. kalau takde dgree pun, berbekal kan bakat yg ade, kalau agak agak boleh buat duit lebih apa salahnya kan? kalau kene cerai pun, (ohh yang ni aku mintak di jauhkan) gugurl kat sana tu boleh kerja sendiri, berbekal kan pelajaran or bakat tadi tuu. kan kan kan? setuju tak?

6. sedia dah nak mengandung, bersalin and didik anak anak juga bahagi masa mana dgn suami and anak anak?

dah namanya kahwin kan, rezeki anak tu mmg takleh nk tolak tepi punya, rancang lah mcm mana punya terer bagai. kalau dah ade rezekinya, mcm my fren da pregnant da pun, dia baru je nikah bulan 5 ari tu, sebaya dgn aku lg, dah rezeki Allah bagi awal. dah jadi ibu dah dia. gugurl sekalian, once dah ade mengandung, kene siapkan mental dan juga fizikal yg kuat. anak yg membesar tu haruslah di tarbiah sebaik mungkin dgn cara Islam nnti dia dah besar takde lah dia persoalkan kenapa itu dan ini. Islam tu dah sgt indah. sbb tu lah kita yg dah besar ni kene dalami ilmu agama sebaik sebaik nye baru la bole jd mama and tolong papa dlm family. :) 

pehh kemain panjang aku type ni. mcm orang tua pulak, haha. so bole timbang timbang umur berapa agak agak korang nk kawen and dlm masa tu boleh mempersiapkan diri menjelang hari bahgia korang tu. for those yg tengah bercinta, syariat tetap membataskan ye. (aku ckp kt diri sendiri ni. T___T) jaga diri baek baek, insyaAllah Allah jaga kita. kalau pergi dating tu, jgn lupa Allah. sentiasa igt, supaya syaitan tak dekat masa korang dating, carik tempat terang terang jugak! huhu. jangan pegang pegang ye! 

aku kanak kanak lg sebenarnya. ni entry khas version matured aku. hihik. enjoy your bujang life first yaw!

ok lah. salam ramadhan. kbai.



Sunday, August 7, 2011

satu hari di hari puasa. #day 7 - italy lah sgt

assalamualaikum.

this will be a very short post. nanti nanti aku cte panjang lg okay. 
utk semalam, tak jd org malaysia. jd org italy sket konon nye. hehe. 

ini, my first trial. nanti nak try buat lg sedap for the second time.
semalam x de udang, abah terlupa nak beli. tp alhamdulillah, the taste is just average.

ok lah. nak buat bahan tom yam pulak ni. kbai.




Friday, August 5, 2011

satu hari di hari puasa. #day 5 - strange

assalamualaikum para pencinta dunia dan akhirat sekalian.
*macam bunyik ayat the other khairul pulak. hehe -__-"

baru abeh solat terawih for the 6th nite. alhamdulillah. masih d beri peluang dan rezeki utk bertarawih. td isyak d imamkan oleh abah aku and tarawih aku d imamkan oleh sheikh arab. pure arab. bacaan quran dia, pehh. macam kt masjidil haram. lajuu bunyi arab. tp ade yg aneh. apabila tarawih td d imamkan oleh arab..
biasanya calculation tarawih kte camni kan

2 + 2 + 2 + 2 = 8 + 3 (witr) kan?

kali ni..

2 + 3 + 2 + 2 = 9 + 3 (witr) i have no idea kenapa jadi cemni. aku sangka sheikh tu buat sujud sajadah masa solat kot.

nanti mak balik jap lg aku nk tnye lah kenapa. mak aku pun pemes skang. ade kawan international org Libya lg. pehh mak aku. semalam dia carik mak aku lepas terawih masa tazkirah.

"excuse me, after this is there any tarawih?do you know when they finish?"
"no. im not so sure, but there will be no tarawih after this. we will continue to witr."
"im waiting for sumone. she's here just now but i don't see her anymore. u know imnni?"
"you mean ummi?she's my mom."
"no, her name is imni"
"no, she's ummi. my mom" (eh arab ni, aku tau lah ko ckp ngn mak aku td. haiih)
"the one who teach children quran there?" (sambil menunjuk ke arah rumah aku)
"yes. she my mom. she's in front. do u see the space there? she's just 3 lines infront"
"can you please call her?i need to talk to her personally."
"oh, you can go there. (malehnye nk bangon panggel mak). erm. ok  you wait for me here."

dye senang ngn mak aku sbb mak aku boleh ckp arab dgn dia. english pun mak paham sket sket. pehh. suma makcik makcik pelik tgk mak aku. ble pulakk lah mak aku nk ade kawan arab plak kan. aku tgk aku senyum je.  kihkihkih. geli ati plak mak aku pemes. 

dah enuff cte mak cik Libya. mlm td aku tdo ngn si kuning kucing busuk aku. dia tak berapa sehat, badan lembik je. padahal bukan puasa pun. dia tak berapa ade selera makan sgt. asek me0w2 je kat luar rumah mlm2 time ktorang nk tdo. jd takleh tdo jdnye. dye kuis2 pintu nak masuk jugak. kasik lah can dia tdo umah mlm td. aku dgn rela hatinye membawa ke bilik aku. tgk ni.


kemain tak si kuning ni. ade tilam sendiri. cadar sendiri. yg besar belakang tu cheeby aku. yg aku buat peluk mlm2. naseb kau x bising tdo cepat. aku tutup lampu, rase katil mcm bergerak je, tgk2 dia betul2 sandar tepi pinggang aku. kalau aku begolek2 mcm selalu nye, mau penyek dia ni. aku tdo kaku je mlm td tahu. mcm robot. seb baek kau comel. huhu.

ok lah, till next post. kbai.



Wednesday, August 3, 2011

satu hari di hari puasa. #day 3 - pertama kali

assalamualaikum.

merapu lg aku kt sini. hihi.

semalam kucing aku demam. sape sape ade pengalaman jaga kucing sakit tak? aku first time jaga kucing. tu pun sbb kucing jiran yg d amanahkan kat mak aku. dulu mak aku mmg tak kasi lgsung bela natang ni. bape kali dah ktorang mintak. dari umo aku kecik sampai umo aku dah besar ni. finally dapat jugak. :)

semalam satu hari dia tak makan lgsung, takde selera. kasi mkn sedap pun dia takmau. ari ni dia dah ok sket. abah puhh puhh selawat syifa' kot kat dia mlm tadi. harap harap dia ok. kalau tak aku nk bawak jumpa vet.
semalam jugak aku buka spesial sket. laen dari kebiasaan. sebelah rumah aku ade anak dara, dorang rajin ke dapur semuanya. petang semalam deme bagi mende ni.


aku taktau lah mende ni ape, tp kalau tak silap puding caramel kan? manis gilakk weh. likat kemain. senang je buat bende ni. tp disebabkan aku macam tak gemar makan kuih manis sgt, so aku aku buat nanti lah ye. kalau ade permintaan~ huhu.

yg made from my kitchen..


ayam goreng perisa kfc. hahaha. biasa aku buat ayam goreng rasa biasa je tp kali ni mcm rasa ala ala kfc plak. lidah org puasa kemain sket kot. lapar pulak aku tgk gambar ni. padan muka aku.


yang ni cekodok bawang bercampur sayur kucai brand my mom. simple je kan, tp my faveret. :D

ape bende aku buat ni tah. ni bukan blog masakan atau blog makanan ye. ermm. 

hari hari pun kte solat. tapi solat ade byk kualiti. mcm kte blaja jugak, exam dpt markah berapa. kalau org berilmu and beramal dgn ilmu dia, solat cukup rukun, syarat sah, plus buat yg sunat sekali, macam nabi tu, mesti dia dpt gred A. insyaAllah.

yang aku ni? haihhh gred ke berapa ratus tah. aku rasa bulan baik ni kte bole recheck balik solat kte, cukup ke rukun dipenuhi, syarat sah nye lagi, huhu. sbb amal yg pertama d hisab nanti is solat. baru d kira amal yg lain lain. solat tu hak Allah kan? insyaAllah. :)

tapi bulan puasa ni kalau aku cte pasal makanan je ari ari tak boleh ke? ye la kan kte bukak puasa ari ari lain lain. hihi. tak bole yeh? aku ni banyak sgt keduniaan nye. teruk betul. -____-"

ya Allah..jangan kau biarkan aku lalai mengejar duniaMu sehingga aku lupa membawa amal utk ke akhiratku.. T__T

ok lah. enuff said for now. salam alaik~ selamat menyambung pesta ibadah anda.




Tuesday, August 2, 2011

satu hari di hari puasa. #day 2 - its cookiin!

assalamualaikum.

sempena first day puasa semalam aku dgn jayanya telah memasak sedikit. makanan utk berbuka puasa. alhamdulillah. :)

adik aku si aiman cuti semalam. maka aku yg ade kt umah ni lah yg kene hantar kan dia balik kolej. aku tgk roti pun byk lagi. bulan puasa ni mana nk jalan makan roti siang siang sbb dah puasa kan, lain lah kalau aku uzur syar'ie. ehem. so aku bukak2 freeze. minced beef ade lg. baik buat hamlet version aku. maka taraaa! ini aku punya.


sedap tau mende ni kalau makan dgn mayonis and sos cili. actually dlm gulungan tu is minced beef + bawang + cili + telur. tu lah ramuan dia. baked atas pan buat burger tu. naseb baek aku nk tak reti amek gambar makanan secara menyelerakan. kalau tak... tergugat gak puasa aku. hihi.

and petang petang lepas abah balik keje tiba tiba dia kata sambil pegang pisang lang mentah dua bijik d tgn beliau. 

'ngah, ni kalau buat kerepek ni sedap ni.'
'mana reti bah, nk buat camana'
'alaa guna sagat hiris nipis nipis'
'tp takkan mcm tu je, mesti ade cara cara diaa'

lepas solat asar petang tu, aku pun online. cari cara cara nk buat kerepek pisang kt pakcik gugel. terbaik ahh. dulu aku tak reti potong one whole chicken aku tgk u tube. pehh berjaya aku potong ayam ayam tersebut dgn jayanya. aku nk masak sup ayam pun aku tgk u tube. skng sume aku tak tau buat semua aku gugel. bukan takat dictionary and theory je. dgn video lg. zaman skng ni ape je yg tak boleh. internet kan ada~ aku belajar pakai shawl pun dari u tube. naseb aku tak pandai main gitar je kalau tak mesti aku dah jd mcm najwa latif tu. pemes plak i. ahakz~

oh kalau korang rasa mcm nk try buat kerepek pisang ni, silakan guuuuugel. senang sgt lah weh.

and ni lah hasilnya. taraaa!


my homemade kerepek pisang dalam balang. aku goreng dah nk dekat bukak puasa semalam. aku bukak lambat sebab nk jaga kerepek ni kt kuali. -_____-" 

4 bijik 4 lang boleh memenuhkan balang ni, byk jugak lah. it feels like so heaven when you eat your own kerepek. hehe. first attempt, menjadi! alhamdulilllah. credit to pakcik gugel. aku bawak kunyah mende ni depan tv mlm td lepas tarawih tgk do re mi. 

hmm petang ni nak masak ape pulak eh?



Daisypath Anniversary tickers