merapu lg aku kt sini. hihi.
semalam kucing aku demam. sape sape ade pengalaman jaga kucing sakit tak? aku first time jaga kucing. tu pun sbb kucing jiran yg d amanahkan kat mak aku. dulu mak aku mmg tak kasi lgsung bela natang ni. bape kali dah ktorang mintak. dari umo aku kecik sampai umo aku dah besar ni. finally dapat jugak. :)
semalam satu hari dia tak makan lgsung, takde selera. kasi mkn sedap pun dia takmau. ari ni dia dah ok sket. abah puhh puhh selawat syifa' kot kat dia mlm tadi. harap harap dia ok. kalau tak aku nk bawak jumpa vet.
semalam jugak aku buka spesial sket. laen dari kebiasaan. sebelah rumah aku ade anak dara, dorang rajin ke dapur semuanya. petang semalam deme bagi mende ni.
aku taktau lah mende ni ape, tp kalau tak silap puding caramel kan? manis gilakk weh. likat kemain. senang je buat bende ni. tp disebabkan aku macam tak gemar makan kuih manis sgt, so aku aku buat nanti lah ye. kalau ade permintaan~ huhu.
yg made from my kitchen..
ayam goreng perisa kfc. hahaha. biasa aku buat ayam goreng rasa biasa je tp kali ni mcm rasa ala ala kfc plak. lidah org puasa kemain sket kot. lapar pulak aku tgk gambar ni. padan muka aku.
yang ni cekodok bawang bercampur sayur kucai brand my mom. simple je kan, tp my faveret. :D
ape bende aku buat ni tah. ni bukan blog masakan atau blog makanan ye. ermm.
hari hari pun kte solat. tapi solat ade byk kualiti. mcm kte blaja jugak, exam dpt markah berapa. kalau org berilmu and beramal dgn ilmu dia, solat cukup rukun, syarat sah, plus buat yg sunat sekali, macam nabi tu, mesti dia dpt gred A. insyaAllah.
yang aku ni? haihhh gred ke berapa ratus tah. aku rasa bulan baik ni kte bole recheck balik solat kte, cukup ke rukun dipenuhi, syarat sah nye lagi, huhu. sbb amal yg pertama d hisab nanti is solat. baru d kira amal yg lain lain. solat tu hak Allah kan? insyaAllah. :)
tapi bulan puasa ni kalau aku cte pasal makanan je ari ari tak boleh ke? ye la kan kte bukak puasa ari ari lain lain. hihi. tak bole yeh? aku ni banyak sgt keduniaan nye. teruk betul. -____-"
ya Allah..jangan kau biarkan aku lalai mengejar duniaMu sehingga aku lupa membawa amal utk ke akhiratku.. T__T
ok lah. enuff said for now. salam alaik~ selamat menyambung pesta ibadah anda.
1 comment:
puding karamel!!!! nk sikit!! huhuhu.. my favourite.. tp kalo my mama version,kurang manis.. tu yg sedap sbb aku pun x suka benda2 manis melekat kt tekak.. =)
Post a Comment