~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Friday, July 15, 2011

mengadu pada TUHANKU

ya Allah ya tuhan ku..
saat ini aku datang lagi memohon pertolonganmu..
hari hari aku kian bahagia dengan nya.
seorang hamba sama seperti aku.
kadang aku di bawa perasaan dan angan ku sendiri
jauh..
jauh meninggalkan bumi nyata.
sukar aku mengawal benak hatiku sendiri
ingin aku kembalikan kepada bumi tempatku berpijak
tapi angan itu
jauh lebih indah untuk aku segera lepaskan
ampunkan aku, tuhanku.

ya Allah ya tuhan ku..
di dunia ini dia berjaya mencuri hatiku
tapi aku mohon, tuhanku.
tetapkan aku dengan rinduMu.
lindungi aku dalam rahmatMu.
aku insan hina, kadang aku malu menghadapMu
bersisa dosa dan nista
aku masih mengadu padaMu.
kerana aku hamba.
hamba mengharap redhaMu.
tuhan yang menciptakan aku.
ampunkan aku, tuhanku.

ya Allah ya tuhan ku..
hampirkan kami dengan jalanMu,
aku ingin bercinta dengannya
aku terlalu mencintai hamba itu
mungkin salah aku
tidak mampu mengawal perasaan itu
siapalah aku menolak perasaan ini
ia datang dan terus menghuni hatiku.
bimbinglah aku tuhanku.
agar aku tidak tersampai melupakanMu.
tetapkan cinta aku kepadaMu
kerana aku memerlukan itu.
ampunkan aku, tuhanku.

3 comments:

adeeb khairudin said...

aminnn :))

Cek Aiza said...

^___________^

Anonymous said...

Hey There. I found your blog using msn. This is a very well written article. I will be sure to bookmark it and come back to read more of your useful information. Thanks for the post. I'll definitely return.

Daisypath Anniversary tickers