jawab salam aku tau kalau korang baca, haha <kalau ade pembaca lah kan.>
ahlan wasahlan ya ramadhan karim. alhamdulillah. aku di panjangkn umur lg tahun ini untuk bertemu ramadhan bulan penuh rahmah dah barakah. syukur ya Allah. seorang hamba hina penuh dosa macam aku masih di beri kesempatan oleh Allah utk beribadah memohon ampun kepadaNya.
malam ni malam pertama ramadhan utk aku yang dah 20 tahun ni. dah tak muda dah, puluh puluhh dah umo aku.
lepas je dengar pengishtiharan berpuasa kt tb3 oleh penyimpan mohor raja raja tu, maka secara rasminya esok 1 ramadhan. puasa sudah. boleh pergi tarawih malam ni.
mcm biasa, tunggu azan isyak, ambil wuduk kt rumah, pakai telekung siap siap, jalan kaki pergi surau. rumah aku dengan surau x jauh mana, 2 menet jln kaki dah sampai. kali ni aku jalan laju sket kejar mak yg dah laju kt depan. compare dgn hari hari biasa aku rilek je jalan. maka sampai. aku tgk kasut kt pintu surau. mak aihhh~
RAMAINYA. aku lambat sgt dtg ke? aku rasa awal la jugak. nampaknye esok sebelum azan isyak aku dah kene gerak dari rumah nampaknye. surau baru, dah bergaya dah surau aku. alhamdulillah. selesa sgt. maybe ramai dah yakin boleh muat surau tu kot, tu yang ramai yg pegi malam ni. muka makcik makcik yg macam bukan dr taman aku je. semua datang pakat naik kereta bagai. huhu
inilah rupa surau yang lama. sekarang surau ni dah jadi tempat pengajian aku rasa.
inilah surau baru. cantik kan chandeliar dia? ;)
ruang muslimin
ruang muslimat
*semua gambar bukan aku yang ambik. pakcik gugel kan ada.
ok sambung cerita aku. masuk masuk je aku duduk belakang sket. mcm ade ruang kosong je utk kanak kanak kan, memandangkan aku mmg kurus n kecik, aku menyelit lah. hihi.
tarawih mlm ni d imam kan oleh abah, sbb duty dia mlm 1 ramadhan. semacam lain rasanya bila aku angkat takbir tadi. mungkin aku terlalu rindu nak berjemaah ramai ramai mcm ni. lepas 2 tahun aku puasa kt metrik and kat university. rasa yang berbeza sbb tahun ni sebulan penuh aku puasa kat rumah. kalau dulu aku bukak puasa dgn rumate, housemate, sekarang bukak puasa dgn mak abah aiman n akak aku. serta kucing. maaf, korang dua ekor duduk tepi je, tgk je ktorang makan. jgn nk ngada miow miow mintak makan. aku cekik sekor sekor nanti. amaran ni. :p
dulu aku tak sempat tarawih kat surau or masjid mlm mlm. sbb esoknya ade kelas n esaimen yg byk sgt. aku yg lemah sgt iman ni mampu tarawih kt bilik sorang sorang je. kalau dekat metrik aku jemaah dgn hani dekat bilik dia or bilik aku. gilir gilir jd imam. alhamdulillah. byk terawih aku berjamaah masa kt metrik dulu. ampunkn hambaMu ini ya Allah.. kalau aku mati sekarang, bekal apa yg aku mampu bawak. ya Allah.. :(
dulu bukak puasa meriah sgt. tahun ni maybe biasa je. ye lah bukak dgn family mana nk gelak gelak mcm org gila pulak kan? kene lah sopan sket. hihi
ya Allah, aku memohon petunjuk dan hidayahMu semoga ramadhan aku lebih baik tahun ini. ramadhan macam bulan yg sgt menguntungkan utk kita semua. semua amalan baik dilipat gandakan pahalanya berkali kali ganda. aku rasa aku nk rebut peluang ni. sebaik mungkin kali ni. insyaAllah. :)
semua ibadat. bukan ibadat khusus sahaja. semua pekerjaan yg baik d niatkan lillahi taa'la, dah dikira ibadat. betapa Allah pemurahnya kat kita. apa sahaja. ibadat itu luas. maka ayuh! aku mengajak diri sendiri. kita hidupkan ramadhan kali ni sementara kita d beri kesempatan olehNya utk memohon ampun dan melipat ganda kan amalan.
10 yg pertama rahmat, 10 kedua keampunan Allah, 10 terakhir pelepasan dari api neraka. d dlm sepuluh sepuluh tu ade 1 mlm. yg sama dgn 1000 bulan pahala amalannya, iaitu malam lailatulqadar. jum kita carik dia.
ok lah, mlm ni kene tdo awal. esok nk bangun sahur. salam ramadhan!
**ingat tak cite diari ramdhan rafique yg kua tb uh? aku arap cte diari ramadhan aku ni d baca oleh produser kt mesia ni. bole dia buat cte, n opcos lah aku heroinnye. ehem. :p