~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Thursday, May 5, 2011

ce-baca-dengan-perasaan.

assalamualaikum.

cam bese agak2 aku boleh sempat blogging, lepak sini je lah aku.
tadi aku jumpa entry syiok gila kat SINI.

ce baca dgn pnuhh perasaan tau.
repeat again.
PENUH PERASAAN! hihi.

dari hati sorang lelaki.


Gua tak pernah punya rasa nak ada makwe itu untuk jadi mcm orang lain. Contohnya orang lain ada makwe, gua pun nak ada.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah punya rasa seorang makwe itu adalah aset gua. Contohnya walaupun gua tak hensem, tapi gua ada makwe, itu akan meningkatkan saham gua. Makwe bukannya baranglah bodoh.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa makwe itu adalah tempat mengadu. ada masalah, nak bersandar tepi bahu makwe. Bila senang, di tinggal-tinggalkan. 

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa seorang makwe tu ialah sekadar makwe. Peneman waktu keluar soping. Makan. Tengok wayang. Melepak di dataran semata-mata.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa seorang makwe itu perlu perfect. Macam gadis melayu terakhir.

sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua hanya rasa makwe itu ialah seorang manusia yang jatuh dari entah dari mana. Lalu melintas depan gua dengan seribu satu haruman. Belum sempat pandang muka, sudah jantung ini berdebar. Belum sempat pandang muka dah telan air liur sambil berkata,

"This is it."

Makwe ialah seorang rakan, kawan baik, seorang peneman dan separuh dari aku. Kalau ada masalah, buat apa perlu marah sana sini, ego dengan dia? Padahal dia sendiri adalah separuh dari diri lu. Tak payah tunjuk hebat lah. 

Gua bukannya tak ambil kisah kadang-kadang. Cuma tak mahu manjakan sangat. Gua masih fikir 24/7 segala tentang makwe. Cuma aku tak mahu manjakan sangat. Takut nanti mungkin aku mati dulu. Aku tak mahu makwe rasa beban kalau aku takde. Atleast dia dah pernah lalui semua benda tu seorang diri sekali dari sepuluh kali aku bantu dia.

Orang kata separuh jiwa mati kalau makwe tinggalkan kau. Kalau kau benar-benar sayang dia, jangan pernah mengalah dengan dia. Kalau kau benar-benar sayang dia,

lepaskan dia. Kalau dia kembali itu confirm tulang rusuk kau.
Tapi kalau dah lepaskan dan nak tunggu dia kembali tu yang seksa tu. Kan? *menjerit tepi tasik.*


erm erm *awan awan penuh d kepala. agak agak kalau laki aku kata gini kat diari dia pasuh aku terbaca, mau guling guling kegirangan aku. hihi.

-ok parah. berangan lagi. babai.-

2 comments:

Cek Aiza said...

:) nice2 !! besh nye klu ade laki camtu...huhu

aniza said...

best :))

Daisypath Anniversary tickers