Even aku tahu takde sape baca blog habuk bersarang spider aku ni, but still it is my pleasure to update my own blog. Blog aku bukan blog kau. Hahaha *gelak jahat*
Aku dah habis study. Dan dah dpt result. Result aku x de lah gempak kebabom smpai meletup satu Malaysia ni, tp boleh la dibuat modal mencari makan di bumi Allah ni. Alhamdulillah. Result keluar dlm sebulan lepas. Sebelum keluar result tu aku dah dpt beberapa offer interview mana2 tempat yg aku apply dr Jobstreet tu. Biasalah jobseeker tegar masa tu. mak abah suruh kerja dah. apa nk jd habiskn beras je kt rumah. maka aku kene lah terima hakikat bahwa sanya masa aku ber honeymoon kt rumah telahpun tamat. sadis teramat apa yg aku rasa ni. siryes !
interview invitation yg pertama aku dpt dekat Jln Ampang, area tempat practical aku dulu. betapa trauma dan tragis nya aku dga apa yg org tu ckp bila interview tu kt sana anddd its KL ohmaii aku takde masa nk berulang alik ke KL tuuh. walaupun still consider smpai lah jgk dgn rumah aku ni. interview invitation kedua aku ialah interview kt HSBC, Cyberjaya. yet it is the second invitation, but it is the first interview I agreed to go. then aku pun berinterview lah kt sana. Cyberjaya dgn rumah aku ni xde laah nk di kira dekat sgt, dlm 35 minit lahh driving kalau tak jamm. kalau jamm, mau makan sehingga one and a half hour. process interview tu aku malas nk cerita, kejap lg blog ni jd rujukan pulakk. malas aku nk jd reference. nk tips ke process ke, ce try Google blog lain okayy, trimas !
after that interview, and Alhamdulillah lagi, aku dpt melepasi semua stage and i'm hired. rezeki dtg, ambik je la for my first job. Alhamdulillah lagi. thnks to syg sbb bg full encouragement walaupun masa aku tulis post ni aku ade misunderstanding dgn dye. love is not something you can forget in one dayy ! gitewww. syg tetap syg, gaduh tetap gaduh. faham? kalau tak caya tanya mana2 org yg da kahwin tu adakah hari2 dye dgn pasangan dye manis dan indah mcm gula2 je or kekadang hujan ribut petir segala. mood nk menulis dtg secara tiba2. jd jgn marah aku membebel kt sini. as my blog, my teritory. ehem.
and at the moment aku tulis post ni, it has been a week aku keje kt HDPM or HSBC Electronic Data Processing Malaysia Sdn. Bhd. nk kata aku suka keje ni, aku x kata lah aku suka. but still, I have to work, aku nk simpan duit utk
inilah tempat kerja aku. credit to Google.
day
night
Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.
Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.
Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.
Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.
Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.
Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.
Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.
Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.
Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.
Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.
Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.
Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.
Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.
Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.
Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.
Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.
ok lah, enough talks. till next time, blog. bye !
No comments:
Post a Comment