~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Thursday, February 16, 2012

cuma emosi.

assalamualaikum.

ini cuma entry emosi. sila tekan pangkah di bahagian kanan tab window anda.

malam tadi kami sekeluarga kehilangan kitty. my little sweetie kitten. dia baru 5 bulan lebih. aku saja takmahu letak gamba. aku takut menangis lebih teruk. kalau korang ada kucing yang di jaga dari dia lahir, mesti korang faham macam mana rasa sedihnya.

dia lahir seminggu sebelum raya dalam rak kasut tahun lepas. kami bawak dia dgn adik dia balik kampung. sebab takut dia dgn adik dia mati kalau di tinggalkan. adik dia hitam belang putih, dia warna kuning belang putih. dia kecik sikit dari adik dia, sebab dia dilahirkan lelah.

masa dia baru lahir, mata dia tertutup sebelah sbb ade selaput. mak hari hari bacakan selawat sambil buang selaput tu, takut dia besar nanti buta. lama lama mata dia terbuka. dia membesar depan mata kami semua. adik dia yang hitam tu hilang dari kecik. entah kemana, tinggal dia dgn kami.

dari dia lembik baru lahir, sampai dia boleh berjalan, sampai dia bole berlari, semua depan mata kami. dia di jaga sempurna setiap hari. kalau dia mengiau, cepat cepat bg makan, kalau dia kotor, selalu di mandikan. dia membesar gemuk dan ceria. kalau kami  keluar, dia ada depan pintu macam melambai. kalau kami balik, dia ada depan pintu menunggu.

dia comel dan bersih. dia selalu bermain tepi kaki. bulunya kembang, ekornya tirus kembang dan panjang, matanya hitam bulat. dia lelah, tp sgt aktif bermain. pernah aku ckp, dia ni tak padan dgn lelahnya, kuat sgt main.

malam tadi, masa abah undur motor dalam gelap, abah terlanggar dia. mungkin terlenyek kat tayar. aku tengah makan. abah kelam kabut panggil aku ke luar. aku tak tahan lagi. air mata aku berjurai jatuh. masa aku tgk dia dah terkulai lemah, aku tutup mata dia, semoga dia pergi dgn tenang. selera aku terus mati. makanan aku di biarkan.

nafas dia berbunyi, sebab dia lelah, masih terngiang kat telinga aku.

petang semalam baru aku usap dia, rupanya itu yang terakhir.

takde lg suara dia mengiau depan pintu, takde lg dia yang suka berkejar kejar.

benar, semua di dunia ini milik Allah. dia dah kembali pada penciptanya.

selamat tinggal, kitty.
Daisypath Anniversary tickers