~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Saturday, February 4, 2012

Cinta Hijau Muda Usia. #part1

Assalamualaikum.

** ini ialah nukilan si Faizal Zainal. inspired by the picture. baru nk belajar buat novel kata nya.




Chapter 1

Langit membiru tatkala sinar mentari sempat menyinggah sebentar di puncak banjaran Titiwangsa, dikala ribuan penduduk kota bertaburan menuju lokasi mengerah keringat nafkah.

"Leha, bangun-bangun! Ya Allah, awak tu anak dara. Langit dah tinggi ni leha oi! Mak tahu lah hari ni kamu cuti semester, tapi tak manis anak dara tidur sampai matahari dah naik kepala ni.." Mak Jemah mengejut Leha yang terbuai lena panjang.

"Mak... Kejap lah mak, cket lagi ye....." balas Leha yang keadaan sedar tidak sedar.

"Bangun-bangun.. Kamu ni.. Umur dah boleh jadi mak orang ni.. bila nak rajinnye kamu ni.." Mak Jemah terus mengejut Leha sambil mengunyah sireh pulang ke ganggang.

"Herm!! yeelah..." Leha akur dengan kehendak Mak Jemah.

Leha duduk sebentar sebelum bangun berdiri, lalu terus mengambil tuala berwarna merah jambu serta kelengkapan mandi yang lain.
Leha yang berjalan seolah-olah matanya tertutup rapat menahan mengantuknya, terus menuju ke pintu kayu bercorakkan likar kayu coklat gelap, lalu memasuki melalui pintu tersebut, kemudian mengunci rapat pintu itu.





-------------------------------------------------------------------------------------


endofstory.

error :


  • nama mak aku semestinya bukan Mak Jemah

  • aku takde towel kaler pink.

  • mak aku tak kunyah sireh pulang ke gagang. hahaha

  • dan yang penting, cerita ni takde kene mengene dgn gambar atas.

  • kenapa nama watak ni Leha. -.-'



- Pejal, sila repair storyline balik ye, arahan director. kekeke.




No comments:

Daisypath Anniversary tickers