~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Tuesday, October 25, 2011

Re-post : Awak belajar tentang dia setiap hari.




Selamat datang kasih sayang.
Selamat datang segala dugaan.
Selamat datang pahit manis kehidupan.
Selamat datang kebahagiaan perasaan.
Selamat datang kegembiraan.
Selamat pulang kedukaan.


Awak.
Setiap hari adalah proses pembelajaran.
Pembelajaran yang menyeronokkan. 

Setiap apa yang dilalui ibarat kelas Sosiologi - belajar mengenai manusia dengan lebih mendalam dengan memahami tabiat, perbuatan, naluri dan sebagainya. Apa yang dihadapi setiap hari adalah perkara baru yang membawa kepada perkongsian yang menggembirakan setelah melalui kepayahan yang panjang.

Awak.
Dia kata awak tidak mendengar.
Tetapi pada awak, awak sudah mendengar.
Awak sudah berikan perhatian dalam setiap butir bicara.
Bahkan awak boleh mengulangi setiap perkataan yang dia hamburkan.
Tetapi pada dia, awak sekadar mendengar.
Apa yang dia mungkin harapkan lain. 

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.

Awak.
Dia kata awak tidak ambil kisah.
Padahal dia adalah manusia yang awak paling ambil kisah.
Manusia yang awak jaga dengan sepenuh hati.
Tetapi itulah, naluri awak dan dia tidak sama.
Awak dan dia perlu memahami persamaan dalam menilai perhubungan.
Dia mungkin perlu tengok awak sangat mengambil berat.
Awak mungkin perlu tunjukkan yang awak paling mengambil berat.
Aneh?

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.

Awak.
Dia kata dia tidak rasakan awak bersama dia.
Padahal awak sedang berdiri di hadapan dia.
Renung mata dan amati gerak geri dia.
Pelik dengan cara dia.
Mungkin bukan kehadiran fizikal yang dia mahukan.
Mungkin benda lain.
Mungkin perasaan itu yang perlu ada.

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.




Dan apa yang awak pelajari itulah sebenarnya bakal menguatkan awak dan dia dalam perhubungan. 
Awak akan menikmati satu rasa yang lebih baik (mungkin) setelah awak lebih kenal dia (dan dia kenal awak) dalam menyulam rasa.

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
 
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.
 
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
 
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.
 
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
 
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
 
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

Sunday, October 23, 2011

Thursday, October 13, 2011

between a long while.

haaaacuuum! oh assalamualaikum. awat habuk banyak ngat nie, :p

lama betul aku tak update belog ini,
dah mcm rumah flinstone dah agaknye. 
siap ade spiderweb keliling.

maaflah guys, aku tak sempat lah. banyak sangat keje lately nih. 
rutin hidup pun dah berubah.

dulu aku turun tangga je g kelas, skarang kene jalan kaki tunggu bas kat bus stop,
tahan abang bas rengit yg suka tak nak berenti tu, -..-"
dah berenti penuhh pulak, seb baek pagi semua budak wangi wangi.

dulu aku makan takat g je kat keliling rafel tu, pilih la sesuka hati,
sekarang mknn tak banyak sangat, nk jimat lg sila masak.
aku plak busy, isnin smpai kames kuar pg balek kul 4 atau 6 camtu,
sampai rumah opcos lg lambat, kadang dekat kul 7 baru nampak pintu rumah.

dulu aku asek terperap je dlm kampus tu berbulan bulan,
sekarang aku dah nampak awan laen laen tempat dah. hahaha.
tipu ngat aku nih, padahal awan puncak alam tu sama je area mana pun. pfft.

dulu malam aku asek meeting, merayap bilik orang,
sekarang mlm aku bukak mukabuku. belajar tahu. belajar. macam ni.


haha. khusyuk tu. nampak ?

dulu selalu nk emo emo bagai, sebab hidup tak tentu arah,
siang malam meeting, weekend meeting, cuti nak kursus lah,
sekarang aku dah takmahu dah semua tu.
aku nak masa muda aku kat university!

nat, qilah, ada cekud, cepat lah join the club aku. hehe.

and special gratitude tu my sissy wana, dia banyak tolong insan kerdil mcm aku nih, iskk iskk. *terharu sket. :")

my encik ucuk, kte tak pernah lupa awak, even kte busy, sbb awak ade kt sini, :X
rindu ni. tapi malu lah nak cakap. haha. ehem. :") *maaf selekeh kejap.

: : cek aiza, ur wish dah come true. setakat ni, ini je rutin seharian. nanti kalau ade cte best aku tulis lagi okay.
: : kalau azmeer si bakal pharmacist tu baca post ni, -haramdianakbacapunya,siapalahakunikan- aku pinjam ko punya ngat, sbb best ngat guna. HAHAHA. 

lastly, my latest current love songs, yang tengah play tuuu ! ;)


   

Sunday, October 2, 2011

abnormal.

pernah kadang kadang kau rasa,
kau perlu seseorang utk bercakap,
atau need somebody to talk.
tp kau cuma belum jumpa orang itu.

ade masa kau rasa macam nk cakap sesuatu.
tp kau tak tahu sesuatu tu apa.
atau perkara sesuatu tu apa.
tp kau rasa nak bercakap dgn seseorang jugak.

pernah pernah?

entahla. apa decision aku biasa buat?

one with silent, and away.

i'll back off so you can live better.

dah, itu je aku nk cakap.

selamat malam.





Daisypath Anniversary tickers