~m0shi m0shi~

This blog is not active until further post.

c0oL h0m0sapiEn

Monday, January 27, 2014

Bahagiaku Deritaku.

Hi Blog.

Lama tak jenguk. Izinkan kali ni aku nak luah. Nak jugak. 

Tajuk sempena Lagu favourite aku Menang AJL28 semalam. 

Tapi mmg ada kene jgk dgn apa aku nak ckp ni.

Sbb bahagiaku pun deritaku.










No more my dream wedding. Harapan punah, musnah, hancur.

Aku mungkin takdapat duduk kt pelamin aku sendiri.

Jadi, izinkan lah aku nk letak kt sini few wedding dais yang aku suka. 

Takpelah. Takdapat pun tak apa.

Angan2 bukan kene bayar pun. 

Dah la. Malas nk cerita panjang2.

Cukup kali ni. Till then, annyeong.







Tuesday, December 31, 2013

Lifelong Wishlist.

Ini kali terakhir aku tulis blog tahun ni.

Pasni, aku tulis tahun depan pulak. Ceh. 

*lagu sedih berputar*

Dah kenapa nk kuar lagu sedih? entah hape hape.

oh Hai ! 

Hello. Lama tak bersua. Tujuan kali ni bukan nak update life, walaupun mcm2 perkara bole di updatekan.

Kali ni, aku nak buat wishlist sempena nk menginjak umur 23 ni. omaigod. 

dah 23 ke? 


ok. mari mulakan
  • Perform Hajj / Umrah dgn husband. 
  • Have an awesome wedding solemnization 
  • Buy a DSLR camera
  • Tour Korea / Europe masa winter
  • Naek ATV tepi pantai
  • Snorkelling
  • Ice - skating
  • Belajar maen music. Piano / gitar.
  • Naek kuda
  • Wall climbing

Ok kte sudahkn di sini dulu. Nanti kalau ada masa kte tambah lg. 

Selamat tahun depan !

Sunday, October 20, 2013

NOT ME.



Hi there. Assalamualaikum.

Again. hi blog ! lama x jenguk. yes mmg da berhabuk sgt. takde masa, sibuk, dan macam2 hal. yeah you and your excuses again. alasan. sibuk memanjang. mmg sibuk. dan taktahu nk tulis apa. ok semua boleh dikira sebagai alasan dan juga kenyataan.

semenjak jd pekerja ni, weekdays aku mmg burn habis. siang keje smpai ke maghrib, malam penat dan rehat. aku taksuka hidup macam ni. dan aku mula rasa aku salah pilih kerja. itulah, masa interview jwb kebabom sgt, kan da hired. dan bila da hired, ada peluang nk patah balik jd penganggur semula? 

yes. peluang mmg ada. tp mcm biasa, akan ada yg kata, 

"kau da keje elok2, buat apa berhenti? tahu tak susah nk dpt kerja zaman skng ni. ramai yg da grad pun x keje lg tahu x"

semua org takfaham.

dr hari pertama aku jejak HSBC tu, aku pergi utk dpt exposure interview je, just that. 

di takdirkan, rezeki aku, aku dpt.

masa tu, aku rasa aku pun x pasti apa yg aku buat.

aku akan kerja in a week.

yelah, org laen semua tahniah, tahniah. but aku sendiri masa tu x tahu aku da sedia atau tak. dan aku just go with the flow, pergi hari pertama induction.

somehow aku tak rasa seronok, tak rasa semangat pun. aku rasa biasa je. dan sesekali aku rasa, betul ke apa aku buat ni? is I meant to be here? again, aku lantakkan. go with the flow. 

dan sekarang, aku baru nk masuk 2 bulan kerja kt situ. the most important thing to be considered to be happy in your work is, your environment and your colleague. as long as kau jumpa kwn sekepala, seseorg yg boleh jd kwn kau kt tempat keje, takperlu kau serasi dgn semua org asalkan kau ada seseorg yg boleh jd kwn buat meluah rasa dan mengutuk bos kau, itu sudah cukup baik.

tapi sekarang, aku tak de tu semua. belum lg atau aku x tahu mungkin takde.

tempat keje aku takde kebebasan, tak adil, sexual harrasment is evrywhere (luckily aku tukar imej dan perwatakan aku kpd budak solehah spt nama aku yg sebenar kalau x mmg aku mati), bos perempuan (tahu tak aku benci bos perempuan? aku x pernah berjaya bekerja dgn bos perempuan !), dan aku sumpah aku x suka enviroment kt situ. 

lansung tak kene dgn jiwa aku ! aku takda masalah keje dgn multiracial, aku ada kwn bangsa laen yg baek, sgt baek, tp bkn kt department aku ! keling parya kt department aku semua kepala tah hape2 dan nasib aku mmg tak baek aku masuk department tu. setiap hari aku berharap weekend dtg cepat dan setiap weekend aku berharap esok bukan Isnin. 

aku bet aku duduk situ paling lama setahun je. lepas tu, aku nk berenti. dpt keje laen atau x dpt, itu da cerita lain. aku tak boleh tahan duduk situ lama2. cukup la aku ambik experience, kumpul duit, lepas tu aku blah. 

tempat tu bukan utk aku. mcm sorg pempuan pakai jubah tudung labuh tiba2 kene masuk pub. itulah perasaan nya.

definitely, not me.

Ya Allah, bantulah aku keluar dr situ. aku percaya rezeki di tgn Mu.





Saturday, September 7, 2013

Mixed feeling.

Hello ! Assalamualaikum.

Even aku tahu takde sape baca blog habuk bersarang spider aku ni, but still it is my pleasure to update my own blog. Blog aku bukan blog kau. Hahaha *gelak jahat*

Aku dah habis study. Dan dah dpt result. Result aku x de lah gempak kebabom smpai meletup satu Malaysia ni, tp boleh la dibuat modal mencari makan di bumi Allah ni. Alhamdulillah. Result keluar dlm sebulan lepas. Sebelum keluar result tu aku dah dpt beberapa offer interview mana2 tempat yg aku apply dr Jobstreet tu. Biasalah jobseeker tegar masa tu. mak abah suruh kerja dah. apa nk jd habiskn beras je kt rumah. maka aku kene lah terima hakikat bahwa sanya masa aku ber honeymoon kt rumah telahpun tamat. sadis teramat apa yg aku rasa ni. siryes !

interview invitation yg pertama aku dpt dekat Jln Ampang, area tempat practical aku dulu. betapa trauma dan tragis nya aku dga apa yg org tu ckp bila interview tu kt sana anddd its KL ohmaii aku takde masa nk berulang alik ke KL tuuh. walaupun still consider smpai lah jgk dgn rumah aku ni. interview invitation kedua aku ialah interview kt HSBC, Cyberjaya. yet it is the second invitation, but it is the first interview I agreed to go. then aku pun berinterview lah kt sana. Cyberjaya dgn rumah aku ni xde laah nk di kira dekat sgt, dlm 35 minit lahh driving kalau tak jamm. kalau jamm, mau makan sehingga one and a half hour. process interview tu aku malas nk cerita, kejap lg blog ni jd rujukan pulakk. malas aku nk jd reference. nk tips ke process ke, ce try Google blog lain okayy, trimas !

after that interview, and Alhamdulillah lagi, aku dpt melepasi semua stage and i'm hired. rezeki dtg, ambik je la for my first job. Alhamdulillah lagi. thnks to syg sbb bg full encouragement walaupun masa aku tulis post ni aku ade misunderstanding dgn dye. love is not something you can forget in one dayy ! gitewww. syg tetap syg, gaduh tetap gaduh. faham? kalau tak caya tanya mana2 org yg da kahwin tu adakah hari2 dye dgn pasangan dye manis dan indah mcm gula2 je or kekadang hujan ribut petir segala. mood nk menulis dtg secara tiba2. jd jgn marah aku membebel kt sini. as my blog, my teritory. ehem.

and at the moment aku tulis post ni, it has been a week aku keje kt HDPM or HSBC Electronic Data Processing Malaysia Sdn. Bhd. nk kata aku suka keje ni, aku x kata lah aku suka. but still, I have to work, aku nk simpan duit utk kahwin beli barang2 keperluan dan meneruskan kehidupan as rakyat marhein kt Malaysia yg serba serbi mahal ni. *nangis* gaji pun bolehh la cukup utk menabung demi masa depan aku, yg aku impikan dgn encik M tu, tp entahlah. kot aku sorg je yg bermimpi nk jd a part of his life. dan aku tahu jelas itu, dan aku harap dia tak confius lg dgn apa yg dia nk dlm hidup dia. please clarify what you want in your life, whether I am still considered to be include or not.

inilah tempat kerja aku. credit to Google.



day

night


blogwalking tadi, tetiba terbaca post Leplep kt terfaktab ni. layankan aje bahasa sinis dia. mmg kene ngn aku sekarang ni. hahaha !

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.




ok lah, enough talks. till next time, blog. bye !




Daisypath Anniversary tickers